Saturday, May 28, 2011

Ucapan terima kasih.

Daripada pihak urusetia pertandingan catur karnival Jom Gempau 2011,


" Terima Kasih kepada semua yang menyertai pertandingan catur Karnival Jom Gempau 2011 sempena Hari Belia di peringkat Melaka. Saya berharap apa yang kurang dapat saya perbaiki pada masa akan datang. Kehadiran tuan puan menguatkan semangat dan usaha bersama untuk memajukan sukan catur di negeri Melaka. Saya melihat kepada beberapa aspek pada permainan catur ini ke arah pelancongan sukan atau "sport tourism". Sokongan daripada tuan puan diharapkan dapat menaikkan dan mendidik anak-anak masa depan kita ke arah model insan yang berguna. Untuk membina sememangnya amat sukar tetapi untuk merobohkannya boleh berlaku sekelip mata. Selamat Maju Jaya."
 
Sekian terima kasih. 

Encik Khairi Jansar
Urusetia Pertandingan

No comments:

Post a Comment