Monday, June 20, 2011

Kedudukan semasa NF6 MASTER

Berikut adalah kedudukan semasa NF6 MASTER,dan akan berlangsung beberapa perlawanan pada 25 Jun 2011 di DATCC.Diharap peminat catur tanahair dapat memeriahkan lagi kejohanan dengan hadir sebagai penonton.Kami berharap NF6 MASTER ini boleh dijadikan batu asas untuk menjadikan ia kejohanan tahunan dan lagi berprestij.

Thursday, June 2, 2011

Update List of NF6 Master player 2011

Di atas adalah senarai pemain-pemain yang dimuktamadkan apabila dua orang pemain menarik diri dengan alasan peribadi.NF6 Master mengalu-alukan Kaushal Khandar dan Yeoh Li Tian menyertai senarai 10 pemain yang akan berentap untuk memenangi dan mengisi slot percuma Malaysia Open tajaan NF6 MASTER dengan pilihan hadiah wang tunai RM400.

Untuk peminat catur tanah air,boleh menyertai kami sebagai penonton pada 11 June 2011, perlawanan diantara Razali Hamzah (NG6) vs Kaushal Khandar (Former Junior KL Champion) pada pukul 9.00 pagi dan berikut nya Kaushal Khandar akan menentang Nik Ahmad Farouqi (Jaguh Kelate) pada pukul 2.00 tengahari, pada hari yang sama.Kesemua perlawanan akan berlangsung di DATCC.