Monday, November 25, 2013

Kelas Catur di kawasan sekitar Shah Alam,Puncak Alam dan Sungai Buloh

Untuk dua bulan akan datang saya akan buka penyertaan kepada murid dari umur 5 ke 12 tahun untuk kelas catur di kawasan Puncak Alam dan Shah Alam,Selangor.Buat masa sekarang saya dalam proses mengenal pasti pusat atau fasiliti yang ada di kawasan tersebut.Ini memberi keselesaan kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas. Insha Allah dengan kerja kuat selama setahun ini dengan dibantu oleh seorang kawan(boleh dianggap bos), saya akan menggerakkan program pemasaran secara teratur dan tidak terburu-buru.Modul-modul direka dengan mengikut keadaan semasa murid dan perkembangan mereka. Jika ada rezeki dan kedudukan kewangan yang kukuh,saya bercadang akan menggubal satu bentuk sistem pembelajaran catur sendiri yang akan menyerapkan nilai-nilai moral yang baik. Saya mengalu-alukan cadangan yang berguna daripada semua dan juga jika ada kerjasama yang boleh dibentuk boleh hubungi saya.

Friday, February 8, 2013

Syazrin.Com

Boleh layari website saya Syazrin.Com,pelbagai informasi di site ini.