Tuesday, December 7, 2010

Sasaran untuk Penang Challenger..

Sekarang tepat pukul 1 pagi,berada di Hentian Rehat Sg Perak.Mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi dengan selamat.Untuk rekod Fide Rating saya adalah paling rendah di Malaysia iaitu 1528.Kalau tak silap sudah 2 tahun lebih saya berjaya mendapatkan rating ini.Untuk sasaran kejohanan Penang Challenger ini,saya menetapkan dua sasaran.Dua sasaran yang sangat besar,iaitu memenangi tempat pertama dan yang paling penting sekali menaikkan rating sehingga 1600 untuk kejohanan ini sahaja.Mungkin mustahil kerana tiada 'preparation' dan kurang dorongan dari pihak majikan (mengenai cuti),peratusan untuk menetapi dua sasaran itu,tapi bagi saya itu bukan halangan,diharap kejohanan blitz bersama rakan-rakan 17chessclub dan 'chesscube online' serba sedikit membantu saya mengembalikan 'mood' permainan catur saya.Jumpa pagi nanti untuk pairing dan result.

No comments:

Post a Comment