Teringat kisah Ong Beng Hee yang berhenti sekolah ketika berada tingkatan 3 untuk beri komitmen kepada Squash. Dan teringat kepada perbualan antara pemanggil dengan pengacara sukan di dalam satu rancangan sukan tv ketika lewat malam 2 tahun lepas mengenai sukan bolasepak Malaysia. Pemanggil ini adalah seorang bapa memberi cadangan supaya FAM merobah program sukan bolasepak kerana kemerosoton sukan ini. Si pengacara bertanyakan apakah cadangan si pemanggil. Dengan bangga mengutarakan FAM harus menggiatkan lagi aktiviti di peringkat umur dari 6 tahun lagi. Jadi pengacara ini membuat kesimpulan harus ada akademi yang betul-betul khusus untuk pemain yang berumur seawal 6 tahun sehingga 18 tahun. Lantas pengacara ini mencadangkan anak si pemanggil ini diserapkan didalam program ini secara intensif tanpa pemain ini memikirkan kampung,buku sekolah dan aktiviti 'typical' yang selalu pemain bolasepak muda Malaysia lakukan. Dan dengan saya selaku pendengar menggaru kepala apabila mendengar jawapan si pemanggil...'mana boleh macam tu,kene ada syaratla mereka juga perlu balik ke kampung untuk hari raya,pendidikan pun penting juga' lebih kurang la ayat si pemanggil ini.
Untuk cerita diatas contoh yang perlu diambil adalah seseorang itu jangan banyak bercakap sahaja tetapi bila untuk soal pengorbanan anak pula berkira.Lihat pula kisah Ong Beng Hee. Beliau berjaya menempatkan diri didalam kelompok terbaik didunia suatu ketika.
No comments:
Post a Comment