Wednesday, January 12, 2011

17chessclub Open yang ke dua??

Terima kasih tak terhingga kepada Encik Najib yang banyak membantu menjayakan kejohanan 17chessclub Open yang telah berlalu.Untuk 'credit' saya betul-betul berasa lega kerana berjaya merealisasikan dua kejohanan Dari para peserta sehingga ibu bapa peserta juga.Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika cuba 'memujuk' beberapa pemain terkemuka di Malaysia malahan juga seorang pemain luar yang bertaraf Master.Terima kasih kepada NM Ng Tze Han,dan juga IM Lim Yee Weng yang sudi membalas 'invitation' saya.Terdapat juga beberapa nama yang lain,dan agak mengejutkan seorang pemain luar Malaysia bertaraf Master ini memberi respons positif tetapi perlu bertanding di Vietnam Open.Walaupun saya memberi penerangan tentang taraf kejohanan yang saya buat hanya biasa sahaja tetapi bagi beliau itu tak bermakna Bobby Fischer menolak untuk menyertainya kerana kita semua manusia sama. Untuk pengajaran dari sini menunjukkan bahawa pemain-pemain hebat Malaysia dan luar tidak akan sombong bila kita cuba bertanya.Jadi,mungkin ada 17chessclub Open yang kedua selepas ini?

No comments:

Post a Comment