Monday, January 6, 2014

Aktiviti dan Kelas Catur di Johor Darul Takzim

KELAS CATUR KHAS UNTUK KAWASAN JOHOR DARUL TAKZIM -Tutor di kendalikan oleh Abdullah Che Hassan (FIDE RATED PLAYER) pernah mewakili Malaysia bagi perlawanan tahunan Malaysia menentang Singapura Mewakili Johor Darul Takzim untuk peringkat sekolah rendah dan menengah Beliau mempunyai resipi yang berbeza bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi -hp 0173050573 Abdullah Che Hassan atau emel kepada antartika103@yahoo.com.my

Monday, November 25, 2013

Kelas Catur di kawasan sekitar Shah Alam,Puncak Alam dan Sungai Buloh

Untuk dua bulan akan datang saya akan buka penyertaan kepada murid dari umur 5 ke 12 tahun untuk kelas catur di kawasan Puncak Alam dan Shah Alam,Selangor.Buat masa sekarang saya dalam proses mengenal pasti pusat atau fasiliti yang ada di kawasan tersebut.Ini memberi keselesaan kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas. Insha Allah dengan kerja kuat selama setahun ini dengan dibantu oleh seorang kawan(boleh dianggap bos), saya akan menggerakkan program pemasaran secara teratur dan tidak terburu-buru.Modul-modul direka dengan mengikut keadaan semasa murid dan perkembangan mereka. Jika ada rezeki dan kedudukan kewangan yang kukuh,saya bercadang akan menggubal satu bentuk sistem pembelajaran catur sendiri yang akan menyerapkan nilai-nilai moral yang baik. Saya mengalu-alukan cadangan yang berguna daripada semua dan juga jika ada kerjasama yang boleh dibentuk boleh hubungi saya.

Friday, February 8, 2013

Syazrin.Com

Boleh layari website saya Syazrin.Com,pelbagai informasi di site ini.

Tuesday, January 24, 2012

Keputusan Penuh 17cc Fide Rated 2012



Tahniah kepada Nik Ahmad Farouqi kerana menjuarai 17cc Fide Rated 2012 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,dan juga kepada Faiezul Zainal yang menjuarai group B dengan membawa pulang RM100.
Gambar sekitar kejohanan boleh dililihat di web http://mindacatur.com/fide/index.html